Oskar Schindler
Oskar Schindler

Oskar Schindler

Oskar Schindler (28 April 1908 – 9 Oktober 1974) adalah seorang pengusaha, pengilang yang terkenal menyelamatkan orang Yahudi dari dimasukkan dalam kem-kem tahanan semasa langkah pembunuhan ramai dilakukan Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional yang memerintah Jerman dengan mengupah mereka dalam kilang-kilang porselin dan senjata api di kawasan Poland serta Bohemia dan Moravia.Beliau antara beberapa orang anggota parti Nazi yang berani memaling tadah dari tindakan partinya selain Karl Plagge,[1] Georg Ferdinand Duckwitz,[2] Helmut Kleinicke[3] dan Hans Walz;[4] beliau dikurniakan anugerah Salih Kalangan Umat Dunia bersama isterinya Emilie pada 24 Jun 1993[5] serta Pingat Jasa Republik Persekutuan Jerman pada tahun 1966.[6] Kisah pengupahan beliau turut diabadikan melalui salah seorang peselamat dan pekerja Yahudinya, Poldek Pfefferberg, kepada Tom Keneally, seorang penulis warga Australia yang menjadikannya sebuah novel bertajuk Schindler's Ark terbit tahun 1982; novel tersebut diadaptasikan menjadi filem Schindler's List (1993) arahan Steven Spielberg dengan lakonan oleh Liam Neeson.

Oskar Schindler

Dikebumikan Perkuburan Katolik Gunung Sahyun Catholic Cemetery
Yerusalem, Israel
31°46′13″N 35°13′50″E / 31.770164°N 35.230423°E / 31.770164; 35.230423
Anak-anak 2
Pekerjaan Industrialist
Meninggal dunia 9 Oktober 1974(1974-10-09) (umur 66)
Pasangan Emilie Pelzl (k. 1928)
Anugerah Salih Kalangan Umat Dunia
Kelahiran (1908-04-28)28 April 1908
Parti politik

Rujukan

WikiPedia: Oskar Schindler http://www.haaretz.com/hasen/pages/ShArtStEngPE.jh... http://www.hearthasreasons.com/bibliography.php http://www.oskarschindler.com/ http://auschwitz.dk/Schindlerslist.htm http://www.sefaria.org/Jerusalem_Talmud_Sanhedrin.... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Oskar... http://db.yadvashem.org/righteous/family.html?lang... http://db.yadvashem.org/righteous/righteousName.ht... https://www.bbc.com/news/stories-45919900 https://translate.google.com/translate?&u=https://...